Ibu Bapa Bijak, Remaja Bahagia

Seminar ini berdasarkan kepada buku bertaraf “bestseller” Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat (B.M) dan Smart Parents, Brighter Kids (B.I). Walaupun buku-buku tersebut baru berada di pasaran hanya beberapa bulan yang lepas, sambutan hangat pembaca telah membuatkannya diulang cetak untuk kali keempat. Seminar ini akan mengupas secara terperinci “Strategi Keibubapaan 10K Mendidik Anak Remaja” dan para peserta akan berpeluang mempraktikkannya dengan segera.

What you'll learn...

Epilog: Proses Kematangan Minda – Mengapa Remaja Berperangai Sebegitu?

  • Memahami 4 peringkat perkembangan minda (Bayi – Kanak-kanak – Remaja – Dewasa) dan perbezaannya
  • Mencipta strategi keibubapaan di setiap peringkat, fokus kepada remaja

Kasih Sayang: Perkukuhkan Benteng Kebahagiaan

  • Mengenali “virus kasih-sayang”
  • Bina sebuah keluarga yang bahagia dan penuh kasih-sayang
  • Pelajari cara-cara untuk membuatkan remaja mendengar kata tanpa perlu anda menjerit atau berleter
  • Kurangkan tekanan dan stres ke atas remaja, namun masih mampu menggalakkan mereka menjadi cemerlang
  • Pupuk anak/remaja yang sopan dan berbudi bahasa

Menggunakan Kuasa & “Autorithy” Secara Berkesan

  • Cara mengimbangkan kuasa mutlak ibu bapa
  • Memahami akibat penyalahgunaan kuasa
  • Mengetahui cara menggunakan kuasa yang berkesan

Jadi Kawan vs Lawan?

  • Perlukah menjadi kawan anak remaja kita?
  • Cara mengimbangi antara menjadi kawan & ibu bapa

Mencipta Remaja Berdisiplin – Kebebasan Dalam Sempadan

  • Didik remaja supaya mendengar kata, berdisiplin dan bertanggungjawab
  • Tangani masalah terlalu banyak masa digunakan untuk menonton TV, bermain komputer atau permainan video
  • Wujudkan satu sistem “hadiah dan hukuman” yang berkesan
  • Hapuskan segala risiko remaja dari menjadi “Mat Rempit”, kaki lepak, kaki buli dan penagih dadah.

Mencipta Remaja Yang Menjadi Kilang Ilmu

  • Tingkatkan pencapaian markah hanya dalam masa satu hingga tiga bulan sahaja
  • Membolehkan ibubapa untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan anak mereka untuk diambil tindakan sewajarnya
  • Pelajari cara untuk mengkasifikasi matapelajaran mereka dan membuat perancangan yang sewajarnya
  • Tidak perlu lagi bertungkus-lumus ketika peperiksaan hampir tiba

Kepimpinan Melalui Teladan

Dedahkan teknik-teknik rahsia yang akan:

  • Membentuk anak anda menjadi pemimpin di masa hadapan
  • Membina tahap keyakinan yang tinggi
  • Menukarkan anak yang gementar menjadi seorang yang pemidato berwibawa
  • Memberi satu hala tuju hidup yang jitu

Teknik-teknik Kompromi Yang Positif

  • Cara berunding dengan anak remaja
  • Mencari jalan “win-win” dengan anak remaja
  • Teknik memberi hadiah bersyarat

Ibu bapa Sebagai Konsultan

  • Cara ibu bapa boleh menjadi menjadi “coach” dan konsultan kepada remaja
  • Memahami cara mendidik dan menarik jiwa mereka untuk membentuk hala tuju masa hadapan

Kegemaran: rahsia-rahsia “Santai Remaja” – Katil / Komputer / Korea / Kasut / Kenderaan

  • Tingkatkan jalinan kekeluargaan dengan serta-merta
  • Lahirkan keluarga yang senantiasa ceria
  • Temui “kehidupan baru” bersama anak remaja

Keugamaan: Serahkan Kepada Tuhan

  • Pelajari cara untuk bersyukur dan berserah kepada Tuhan
  • Tanamkan nilai murni di dalam jiwa anak-anak remaja
  • Nikmati ketenangan jiwa walau apapun yang berlaku

How to register...

1

Choose the seminar that interest you

2

SMS/Whatsapp to 019 615 6530 or email to seminar@smartparents.com.my

3

Apply the teaching and become better parents