Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat

Program ini berdasarkan kepada buku bertaraf “bestseller” Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat (B.M) dan Smart Parents, Brighter Kids (B.I). Sambutan hangat pembaca telah membuatkannya diulang cetak untuk kali keempat. Program ini akan mengupas secara terperinci “Strategi Keibubapaan 7S” dan para peserta akan berpeluang mempraktikkannya dengan segera.

What you'll learn...

Prolog: Tahun-tahun Awal

  • Persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu dan bapa sebelum, semasa dan selepas proses kehamilan
  • Tips-tips memaksimumkan kuasa minda bayi di peringkat 0 – 24 bulan
  • Tips melayani kerenah 2-4 tahun
  • Pelbagai tips memaksimumkan potensi dan disiplin anak-anak untuk tiga tahun pertama

Praktikkan “7 Cara Sayang Menyayang” dari semasa kecil

  • Bina sebuah keluarga yang bahagia dan penuh kasih-sayang
  • Pelajari cara-cara untuk membuatkan anak-anak mendengar kata tanpa perlu anda menjerit atau berleter
  • Kurangkan tekanan dan stres ke atas anak-anak, namun masih mampu menggalakkan mereka menjadi cemerlang
  • Pupuk anak/remaja yang sopan dan berbudi bahasa

Buat “Sekatan dan Sukatan Masa” secara bijak dan berkesan yang anak-anak tidak kisah untuk mengamalkannya

  • Didik anak supaya mendengar kata, berdisiplin dan bertanggungjawab
  • Tangani masalah terlalu banyak masa digunakan untuk menonton TV, bermain komputer atau permainan video
  • Wujudkan satu sistem “hadiah dan hukuman” yang berkesan
  • Hapuskan segala risiko anak-anak dari menjadi “Mat Rempit”, kaki lepak, kaki buli dan penagih dadah.

Gunakan teknik-teknik “Studi Secara Bijak” - kelas tuisyen tidak diperlukan!

  • Tidak perlu tuisyen lagi!
  • Tingkatkan pencapaian markah hanya dalam masa satu hingga tiga bulan sahaja
  • Membolehkan ibubapa untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan anak mereka untuk diambil tindakan sewajarnya
  • Pelajari cara untuk mengkasifikasi matapelajaran mereka dan membuat perancangan yang sewajarnya
  • Tidak perlu lagi bertungkus-lumus ketika peperiksaan hampir tiba

Gunakan rahsia-rahsia “Santai Sesama Keluarga” berkos rendah

  • Tingkatkan jalinan kekeluargaan dengan serta-merta
  • Lahirkan keluarga yang senantiasa ceria
  • Temui “kehidupan baru”
  • Perbaharui tenaga dan bersedia terima yang lebih hebat

“Semaikan Bakat Kepimipinan” hari ini untuk hari esok yang gemilang.

  • Membentuk anak anda menjadi pemimpin di masa hadapan
  • Membina tahap keyakinan yang tinggi
  • Menukarkan anak yang gementar menjadi seorang yang pemidato berwibawa
  • Memberi satu hala tuju hidup yang jitu

“Sumbangkan kepada Masyarakat” agar tercipta ruang untuk peluang baru

  • Pelajari cara-cara berkesan untuk menyumbangkan kepada masyarakat
  • Ketahui apa ibubapa lain telah lakukan untuk memberi faedah jangka panjang kepada masyarakat mereka
  • Dapatkan inspirasi dari kisah-kisah benar mereka

Bertawakkal, bertenang dan “Serahkan Kepada Tuhan”

  • Pelajari cara untuk bersyukur dan berserah kepada Tuhan
  • Tanamkan nilai murni di dalam jiwa anak-anak
  • Nikmati ketenangan jiwa walau apapun yang berlaku

How to register...

1

Choose the seminar that interest you

2

SMS/Whatsapp to 019 615 6530 or email to seminar@smartparents.com.my

3

Apply the teaching and become better parents